Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, October 14, 2010

terbinanyer~~

 ImageImage
Sekolah ini terletak di lot 5269 dan Lot 5298 dalam Mukim Sabak Bernam. Negeri Selangor Darul Ehsan. dengan keluasan 12 ekar. Jarak dari Pekan Sabak Bernam kira-kira 1 Km.  0.75 Km ke selatan Sungai Bernam. 35 Km dari Bandar Teluk Intan Perak. 110 Km dari Bandar Klang. 145 Km dari Ibu Kota Kuala Lumpur .Terletak di tepi Jln Kalabakan iaitu utama Klang-Teluk Intan. Pendidikan aliran Inggeris dan pembinaan sekolah telah bermula pada pertengahan tahun 1951 di atas tanah yang diwakafkan oleh Dato’ Tan Boon Chong, dengan pemilihan pelajar pelopor seramai 63 orang (33 orang murid Melayu dan 30 orang murid Cina). Pada 7 November 1954, Raja Tun Uda (Menteri Besar Selangor) telah merasmikan sekolah Inggeris pertama, diberi nama Sekolah Rendah Inggeris Sabak Bernam. Pada tahun 1955, seramai 33 orang pelajar (gambar kecil) terpilih setelah berjaya dalam peperiksaan masuk ke sekolah menengah dan menjadi pelopor pelajar yang meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Inggeris. Sekolah Menengah Inggeris Sabak Bernam telah bermula pada awal tahun  1956, namun masih menumpang di bangunan Sekolah Rendah Inggeris dengan ditadbirkan oleh seorang Guru Besar sehingga tahun 1959. Menjelang tahun 1960, pentadbirannya telah dipisahkan dan pelajarnya dipindahkan ke bangunan yang baru iaitu Sekolah Khir Johari (Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari kini. 
  Bermula dengan 33 orang pelajar, sekolah ini telah mengalami evolusi pertambahan pelajar yang ketara. Pada tahun 1960 seramai 247 orang, 1962 seramai 383 orang seterusnya meningkat kepada 727 orang pelajar pada tahun 1968. Pada tahun 1966, para pelajarnya pula berpindah ke bangunan baru dengan nama Sekolah Lanjutan Jalan Feri (kini SMK Tunku Abdul Rahman Putra . Sekolah Inggeris ini telah mengalami evolusi nama dan lencana sekolah seperti di bawah:
 ImageImage
  Government English School (GES) Sabak Bernam,National Type Secondary School (NTSS) Sabak Bernam,Sek. Men. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam, danSMK Tunku Abdul Rahman Putra (STAR Putra) Sabak Bernam.
 Para Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini.
  1. EN. WILLIAM JALIEH (1960-1962)
  2. EN. BENAD FERNANDEZ (1962-1968)
  3. EN. MOHD ARIS HJ. OTHMAN (1968 (3 bulan))
  4. EN. YAHYA HJ. ABAS (1968-1970 )
  5. EN. MOHAMMAD B. AHMAD SANI (970-1972)
  6. EN. MAULAN B. DOLLAH MOKERI (1972-1980)
  7. EN. ZAINAL B. ABDUL SAMAD (1980-1985)
  8. TN. HJ. ISA B. HAJI ABU (1985-1991)
  9. TN. HJ. SHAMSUDDIN B. MAT JAYA (1991-1995)
  10. TN. HJ. MAHMUD B. NAIM (1995-1999)
  11. TN. HJ. BAJURI B. ABDULLAH (1999-2000)
  12. TN. HJ. SURIMIN B. GIMAN (2000-2003)
  13. TN. HJ. MD ZAINI B. AB. KUDUS (2004-2007)
  14. PN.HJH JAMEAH BT HJ SALLEH (2007-2009)
 Image
 ImageImage
  Bermula dengan beberapa buah bangunan asal, kini sekolah ini sudah mula menambah beberapa blok baru dan kini masih terus menerima penambahan blok baru untuk kelas pembelajaran (blok asal – bangunan pejabat dan blok B diruntuhkan) serta bangunan asrama. Walaupun banyak perubahan pada fizikal sekolah dilakukan, dan ramai tokoh dilahirkan seperti
 ImageImageImage
 Tan Sri Muhammad b. Muhamad Taib, YBM Dato’ Hj. Raja Ideris b. Raja Ahmad , Dato Hj Mat Yasir B Hj Ikhsan , terdapat juga bekas bekas pelajar yang terus menabur baktinya dan menjadi warga sekolah ini. Diantaranya adalah:
 ImageImageImageImageImageImageImage
  Pn. Rusnah bt. Arifin (GPK HEM),Tn. Hj. Abdul Malek b. Jailani (GPK Kokurikulum),Pn. Fathiah bt. Abdul Rashid (Guru Bahasa Inggeris)Pn. Kunavathy a/p Veloo (Guru Bahasa Inggeris)Tn. Hj. Nazri b. Hj. Sidek (Guru Kaunselor)En. Amizar b. Mahadi (Guru Bahasa Melayu/Geografi)Pn. Norizah bt. Shafie (Guru Bahasa Melayu)Pn. Jamakyah bt. Samakudin (PAR Makmal)Pn. Mazwin bt. Mohd. Tahir (PAR Makmal)En. Othman b. Arifin (Pembantu Makmal)
  Akhirnya, diharapkan warga STARPutra akan terus maju dan dikenali sama ada dalam aspek akademik  ahupunkokurikulumnya, bukan sahaja di Daerah Sabak Bernam malah serata Selangor dan Malaysia amnya.

anda hebatt ! shout sini ! =))

No comments: